Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

lailatul qadar

bismillahirrahmanirrahim



lailatul qadar adalah rahmat Allah kepada semua manusia.

kita semua sedia maklum bahawa lailatul qadar adalah malam yg dimana semua doa akan diterima, para malaikat diturunkan dibumi dan pintu - pintu rahmat dibukakan kepada mereka yg beriman dan beramal soleh.

oleh itu sama-samalah kita semua memburu lailatul qadar.Rebutlah peluang untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari 1000 bulan ini.

wallahua'lam

iftar di kuis

tarikh :28/08/2009
tempat :kolej kediaman,kuis
masa :7.00mlm-8.15mlm
kehadiran :11 org

bismillahirrahmanirrahim...
pada 28/08/09 yg lepas ahli-ahli tanzim kdhl telah berpeluang ziarah dan iftar di kuis bersama-sama adik-adik yg menuntut di kuis.alhamdulillah, iftar kami turut disertai oleh ukhti saiba.

antara aktiviti yg sempat dijalankan adalah sesi taaruf dan juga tazkirah berantai serta solat maghrib berjemaah.alhamdulillah,sedikit sebyk tazkirah yg diberikan dapat menyedarkan kita yg sentiasa alpa dan leka. tidak lupa juga, pengerusi majlis utk aktiviti ini adalah ukhti leen dan chef utk makanan berbuka puasa adlh ameerah kdhl sendiri iaitu ukhti ila.

gambar-gambar ketika sesi taaruf dan tazkirah berantai dijalankan








gambar - gambar ketika berbuka puasa bersama-sama





akhir kalam, semoga ikatan ukhuwah yg kite bina akan bertambah utuh..
sekian utk kali ini..
wassalam..

Ramadhan al-mubarak

Assalamualaikum,
selamat menyambut ramadhan al-mubarak...



Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Gunakanlah masa ini sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.Selain daripada menahan lapar dan dahaga, puasa juga mendidik nafsu dan peribadi manusia. Inilah jihad yg paling besar yg perlu dihadapi oleh setiap umat islam.

Antara hadith yg menceritakan kelebihan bln ramadhan ialah:

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2.Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Wallahua'lam