Kelahiran Baru.

Bismillah
Alhamdulillah dengan izin Allah yang mengizinkan kelahiran baru blog KARISMA Hulu Langat setelah lama menyepikan diri. Moga kemunculan semula ini menjadi titik tolak untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan sebelum ini serta berkembangnya dakwah di bumi Hulu Langat. Mohon Doa Semua. Semoga sama-sama thabat dengan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk agama yang kita cintai ini.
Wallahua'lam

KARISMA: Pengenalan



Pembukaan

إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت و ما توفيقي إلا بالله عليه توكلت و إليه أنيب

"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali". (Surah Hud: 88 )

Sejarah Penubuhan

KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT). Dilancarkan pada 2 Mei 1999, KARISMA mula bertapak di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Rasional penubuhan

Usaha dakwah dan pengislahan di kalangan masyarakat, khususnya warga kampus sewajarnya digerakkan oleh golongan mahasiswa itu sendiri melalui penglibatan strategik di peringkat IPT, negeri dan nasional. Ini didasarkan di atas kesedaran bahawa golongan mahasiswa merupakan golongan terpelajar yang mampu menjadi anasir pembaharuan ke arah kebaikan (islah) dengan membawa mesej Islam kepada masyarakat umum dengan berkesan.

Objektif penubuhan

1. Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin di kalangan mahasiswa

2. Menggerakkan penglibatan mahasiswa dalam proses pengislahan masyarakat

3. Mewujudkan ruang permuafakatan dan kerjasama yang seluas-luasnya dengan semua pihak